Tuesday 19 March 2013

congkak - 1

assalamualaikum...
hi...
selamat petang...

harap u all dalam keadaaan yang baek.baek belaka. good2 kalaw korang dalam keadaan sehad?
kami kat sini sehat. alhamdulillah.
so, pd petang yg indah neh kan. kami nk berita tentang permainan congkak.
sebelum tuhh, korang tahu ker congkak tuh ape?? huhhh.. jgan salah anggap mcam cite congkak tuh pulak ehh. ishhh2.



tu la bentuk congkak. ada mcam.mcam jenis. nk explain smpai besok pon ta habes. huu. ^.^

oke. u all nk thu ta sejarah congkak nehh....
mesti nk kan? pd u all yang da thu ataw blom. lai,lai.... kami mahu cerita ma... duduk diam.diam taw.... and most important is JGAN BERGERAK... xoxo.

kalaw u all nk thu sejarah congkak nehh kan dipercayai berasal dari negara arab. jauhh gitu. huuu.
mesti ta percayakan?? msti pikir karut kan?? orang carian puba yang dibiayai oleh persatuan nasional geographic telah menjumpai bukti ini iaiti kepingan batu kapur yang mempunyai dua ilang selari bertarikh 5000 hingga 7000 masihi. bukti ini dijumpai diJORDAN.

mcam mane congkak boleyh sampai di tanah melayu.??? almaklumlahh, kan congkak berasal dari arab. mesti la ianya disebarkan melalui pedagang.pedagang arab. mcam mane?? ape la u all nehh. kan negeri melaka pernah berkembang pesat satu ketika dulu. ianya merupakan pusat dagangan. so, bykla pedagang.pedagang berhijrah sambil menyebarkan ilmu.ilmu yang negara dorang ade. hmmmm. mcam tuhh la.

kalaw u all nk thu, congkak neh da sebar byk tempat.. antaranya, kepulauan Carubran, indonesia, afrika, filiphina dan lain.lain lagi. Di kepulauan Carubra, congkak nehh dikenali sebagai warri atau awarri. ada mcam.mcam nama. ada yanh panggil congklak laa, sungkak pon ada juga.

huhhh, itula sejarah congkak. nk thu cara bermain pula?? mesti ta sbr kan nk dgr??
heee. ;)
kjap.kjap ehhh. nk msok kan video jap.




huhh, mcam tuh la cara nk main congkak. nk thu peraturannyer jugak. jap ehh u all.

Dua orang pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap satu sama lain. Untuk memulakan permainan, biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung dengan sama banyak dan rumah dibiarkan kosong.Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa:

*Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. *Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. 
*Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.
*Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.
Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah.

huhh, u all da thu kan sume cara.cara dan peraturan bermainan congkak nehh..
good.good la kalaw da tahu yer. :)
oke la. sampai disini jealah coretan cerita kami.

By ; nurasiqahbtabdrahim.
peace. >.<

No comments:

Post a Comment