Thursday 21 March 2013

wau - 10

assalammualaikum..
hi...
sume da lunch kan? bgos la kalaw sume da lunch. kenyang perut yer..
hmmm. oke. skarang neh nkcite permainan ape pulak yer. hhmmm. dlam task kate 14. sekarang neh yang kesepuluh pulak... okey. kite cite psal permainan tradisional wau pualk yer u all sume.
:)

ape yang u all thu pasal wau? ehhh,! u all jgan salah anggap pulak taw. wau yang neh ta sama dengan wau yang terkejut tuhh.. wau neh salah satu permainan tradisional taw. hmmm. ouhh. naseb bek la u all ta aggp mcam tuh. bgos2, kuat juga yer ingatan u all nehh. huh, btol la tuhh, layang2 pon mcam wau jugak taw. tpi wau yang neh agi besar dari layang2. ape?? ta pecaye. nahh, tgok gmbar neh kalaw u all sume ta percaya.


nampak ta? wau tuh lgi besar adari pakcik tuh taw




abg neh da sedia nk bertanding nehhh

huhhhh.. mcam mane? besar kan?? u all, kami nk share sikit la kat u all psal sejarah/asal usul wau neh. nk dgr taa?? oke2. bgos2. [dengar taw]

SEJARAH WAU.
Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.

Permainan layang-layang atau wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan semenjak lebih 500 tahun yang lalu. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Musim bermain wau adalah buluh yang diraut halus yang ditampalkan dengan kertas berwarna mengikut bentuk rangka. Wau bukan sahaja dimainkan tetapi dipertandingkan yang dititikberatkan ialah kecantikan rupa, kemerduan bunyi dan tinggi serta keindahan naiknya.

Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya.

Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.

Selain itu juga kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China.

Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara China.

huhh, mcam tu la cite datangnyer wau neh kat malaysia ehh. eh, tapi kan ade orang juga mngatakan bahawa wau telah direka oleyh orang Belanda yang brniga dengan penduduk diMalaysia pd zaman kegemilangan melaka. tpi apa yang pasti wau suah wujud semenjak abad ke-15 taw u all. [lame tuhhh]

sebelom tuh nk tunjuk la wau nehh mcam mane rupenyer. ade bape jenis yer..
wau kucing

pak cik bersama wau punyuh nya

wau bulan

wau daun

wau helang

wau jala-budi

wau kenyalang

wau merak





cara2 bermain wau.
1. kawasan yang sesuai.-Wau hendaklah dimainkan di kawasan yang lapang seperti di tepi pantai, di kawasan sawah padi atau di padang kawasan tepi pantai merupakan kawasan yang paling sesuai untuk menerbangkan wau. kawasan yang tidak sesuai bermain wau ialah dikawasan yang tidak lapang, banyak bangunan, pokok, tiang elektrik atau tiang telefon

2. 3 unsur yang mempengaruhi wau;
i) tekanan angin - Apabila tekanan angin di permukaan wau semakin kuat, maka kemampuan untuk naik tinggi semakin meningkat.

ii) daya tarikan graviti -Tarikan graviti ialah daya yang menarik wau ke bawah.

iii) daya seretan - Wau akan mengundur ke belakang apabila permukaan wau mendapat tekanan yang tinggi. Hal ini akan mewujudkan daya seretan. Permainan wau tradisional Melayu adalah dimainkan menggunakan satu tali sahaja. Penggunaan satu tali membolehkan wau ini mudah diterbangkan dan dikawal. Terdapat dua cara melancarkan atau menaikkan wau iaitu, pelancaran jarak dekat dan pelancaran jarak jauh. Tali yang digunakan adalah tali tangsi.

3. teknik menaikkan wau jarak dekat - Teknik ini sesuai bagi wau yang bersaiz kecil dan ringan. Hanya seorang sahaja diperlukan untuk melancarkan teknik ini. Pemain berdiri membelakangkan angin. Sebelah tangan pemain akan memegang badan wau dan dihadapkan ke arah angin. Sebelah lagi tangan memegang gelung tali. wau dilepaskan perlahan-lahan sehingga wau naik tinggi ke udara.

4. pengawal penerbangan - Tiupan angin yang tidak meneru menyebabkan pemain perlu mengawal penerbangan wau. Mengawal penerbangan wau penting untuk mengelakkan wau jatuh ke tanah atau mengelakkan tali wau terputus. Terdapat dua kemungkinan tiupan angin, iaitu angin beriup lemah dan angin bertiup kuat. Apabila angin bertiup lemah, pemain mesti menggulung tali wau supaya wau tersebut tidak jatuh ke tanah.

5. teknikk menurunkan wau - Menurunkan wau memerlukan dua pemain, iaitu seorang penarik tali dan seorang lagi penggulung tali. Penarik tali ialah orang yang menarik talu wau manakala penggulung tali ialah orang yang menggulung tali wau yang telah ditarik oleh penarik tali. Permainan wau laga merupakan perlawanan memutuskan tali wau pihak lawan. Ia memerlukan kepantasan, tumpuan dan kemahiran yang tinggi. Bahagian tali wau ini disalut dengan serpihan kaca halus.


neh ade video sikit nk tunjuk kat u all sume mcam mane nk men wau. 




da thu kan mcam mane nk men wau. hmmm. oke. u all da boleyh try men wau da pasneh kan? hope u all sume berjaya la yer. :)

by. nurasiqah bt abd rahim.

No comments:

Post a Comment