Wednesday 20 March 2013

guli - 4

assalamualaikumm...
hi...

hhhmm. 3 permainan da selesai.. neh permainan ke 4 pulak ehhh.
oke. u all rase kali nehh kami nk cite ape pulak?? teka laaa... gasing daa, congkak pon daa, hmm.. cepatla..
hhmmm, oke. sekarang nehh kami nk cite permainan guli pulak ehh..

oke. tpi sebelom tuh kan. guli tuhh ape ekk?? pernah tgok ta?? ape ta?? ta penah... haishh... jap ehh.. nk tunjuk gmbar kat u all...

chantek kan??

ehh, cehh2

target betol2 tuhh yer adek oi.

neh guli biase.

mesti korang da thu ape yang kami nk cerita nehh. ehh, buhsan la kalaw cite sejarah ataw asal dulu kan?? betol ta?? nk tukar angin la pulakk. kami nk cerita cara bermain dulu laaa..


bagi memulakan permainan, setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk. guli yang masuk ke dalam lubang induk ataw hampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan dan diikuti oleh guli2 kedua hampir dan seterusnya.

pemain pertama akan menjentik kepada semua guli yang berada didalam kawasan bulatan agar keluar. sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli2 yang ada taw u all. begitula seterusnya hingga la pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya.

pemain boleyh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat taw, ianya mestila memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. pemain akan memastikan guli miliknya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. ini memudahakn mereka mengawal permainan.

setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran dikehendaki memasukkan gulinya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum menjentik guli lawan. sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran pemain lain diberikan.

kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain selesai giliran.

dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata rendah. pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk dan semua pemain akan memangkah guli tersebut. cara kedua adalah dengan setiap pemain menjentik seorang keatas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan..


huhhh.. begitula cara nk men guli taw u all..
alamak kami lupalah nk tunjuk video. da seronok becerita... 


da selesai cerita cara bermain guli kini dengar pulak lahh ehh, asal usul main guli nehh. 

ASAL USUL GULI;

Permainan guli, yang juga dinamakan sebagai KELERENG, merupakan permainan tradisional melayu yang digemari oleh kanak-kanak pada masa lapang mereka. Ia biasanya dimain oleh kanak-kanak lelaki yang berumur antara tujuh hingga dua belas tahun. Mereka biasanya bermain di tempat yang teduh. Guli juga, biasanya, dimain pada musim panas atau kemarau. Ini kerana pemain mengharapkan tanah kering untuk lubang yang akan digali. Apabila tanah becak, permainan guli tidak seronok kerana buah guli akan menjadi lenget.
Pada zaman dahulu, potongan-potongan kayu dibulatkan sebesar sebiji telur ayam untuk dijadikan sebuah guli. Selepas Perang Dunia Pertama, guli dibuat dari bahan kapur yang diadun dengan simen. Ia sebesar ibu jari kaki. Sekarang, guli diperbuat dari bahan-bahan kaca dengan ukuran yang pelbagai saiz, dari ukuran jari kaki kelingking hingga ibu jari kaki.
Guli dimainkan secara melontarkan guli dengan tepat dengan mengenakan sasarannya. Jumlah pemain pula tidak melebihi lima orang. Kawasan tanah rata dan lapang merupakan kawasan yang paling sesuai untuk menjadi gelanggang bermain guli. Guli yang digunakan sekarang diperbuat daripada kaca.

GELANGGANG ; 

Satu bulatan dilukiskan di atas tanah yang berukuran garis pusat 1m.
Sebuah lubang sebesar 10sm, lebar dan sedalam 7sm dilekukkan di tengah-tengah bulatan.
Tanah dilekukkan dengan menghentakkan tumit kaki ke tanah.
Lubang tersebut dinamakan lubang induk.
Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3m daripada bulatan besar tersebut.
Garisan ini adalah penanda mula tempat permainan.



tamat sudahlaa coretan permainan guli kami kali ini. nk men permainan neh hati2 taw. safety first. igt u all semoga bertemu kembali yer u all sume. bye2.

by ; khairol nazmi

No comments:

Post a Comment