Wednesday 20 March 2013

galah panjang - 6

assalammualaikum...
hi u all..
tq sbb la sbb sudi setia dengan cerita2 kami kat sini.
sory, lambat update cerita. mesti u all sume penat menunggu kan?? alaaa. sorry la oke.
hmmm. oker.. kali nehh cite permainan ape pulak yer?? hmmmm. berfikir jap...
[thinggggk]
 huhh.. da dppat...  kali neh kami nk crita permainan galah panjang???
sape pernah men game nehh, mase kecik2 dulu?? hehehe. korang igt lagi ker cara nk men galah panjang??
ape?? u all ta igt galah panjang tuh ape?? oke laaa. u all tgok la video nehh dulu. mane la thu kot2 u all teringat balek... hmmm.



huhhh. byk kan maklumat galah panjang yang diberi kat dalam video tuhh.. heee. cumel pulak dorang tuhh..
huhhh.. kite pun boleyh buat sendiri taw gelangang galah panjang tuhh.. ehh. bukan pakai tepung jer. ta salah saye la kan, time saye men galah panjang dulu2. sye wat gune kapur jer garisan2 tuhh. tang ukuran pulak?? men agak jer.. hee. budak2 la katekan.

oleh kerana byk maklumat yang korang da dpat kat dalam video tuhh. ape katekan. kite menyingkap sejarah asal usul nyer galah panjang neh yer..


ASAL USUL GALAH PANJANG.
Di Pulau Pinang, permainan ini juga dinamakan Galah Pendek dan juga Toi. Permainan ini memerlukan pemain tersebut untuk mengatur strategi dengan bijak dan bergerak dengan pantas. Permainan ini juga selalu dipertunjukkan di pesta pesta kebudayaan. 
TEMPAT BERMAIN.
Ia selalunya dimainkan di luar rumah, kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan. Anggaran antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang. Kebanyakan kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja. 


ini la rupe gelanggang galag panjang.
PEMAIN.
Dua kumpulan pemain perlu dibentuk , minimum 5 orang pemain setiap kumpulan dan salah seorang adalah ketua dan yang lain adalah awak-awak. Pemain terdiri daripada kanak-kanak dan dewasa tidak kira golongan wanita mahupun lelaki. 
LANGKAH2 PERMAINAN.
Perlawanan bermula sejurus ketua pasukan penyerang menepuk tangan pasukan bertahan di petak kepala gelangan . sejurus perlawanan bermula, awak-awak boleh mula menyerang tidak kira secara individu atau beramai-ramai. Setiap pemain yang menyerang haruslah melepasi semua garisan sehingga ke garisan belakang. Pemain yang bertahan haruslah menyentuh pihak lawan bagi menghalang dari sampai ke garisan belakang. Sekiranya salah seorang pihak penyerang disentuh maka kumpulan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan sekiranya kumpulan penyerang dikira mati. 
PERATURAN PERMAINAN
Pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang daripada mereka disentuh pasukan bertahan. Pertukaran kedudukan akan dilakukan jika salah seorang dari pasukan penyerang berundur dari garisan permainan yang telah dilepasi. Pasukan penyerang akan dikira kalah jika salah seorang daripada meraka terkeluar dari garisan permainan. 
CARA MENENTUKAN PERMAINAN.
Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang daripada mereka berjaya melepasi kesemua garisan serta berjaya balik ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan yang berjaya melakukan tugas di atas. Pasukan yang berjaya mengumpul mata tertinggi dikira pemenang keseluruhan.

ape lagi jom la kite tgok gmbar2 permainan galah panjang nehhh..


upin pon men galah panjang jugak yer...

dalam hp pon da boleyh men galah panjang jugak taw.

wah, bersemangatnyer. bgos2.kekalkan staminan anda. 

hati2 dek oi. jatuh kang tuhh..

waahh, tepi pantai pon boleyh men kan??

semangat giler adek nehh. 

huhh, da thu kan ape itu galah panjang? ape lagi. lepas nehh jom la booking tempat [dataran ipb]
heheheheeh.
oke, sampai disini coretan kali ini. bubye.

by. khairol nazmi.









1 comment:

  1. saya dari www.stylosport.com pinjam artikel awak ni ye :)

    ReplyDelete