Thursday 21 March 2013

nenek mencari cucu - 14

assalammualaikum...
hi...
guest ape yang kami nk cerita pulak. hmmmm
permainan nenek mencari cucu la.
pelik la byk sgt informasi tentang benda nehh yang menarik saya jumpe sesuatu taw mengenai sejarah permainan neh.. hhmmm
nenek bongkok 3 mencari cucu.
oke.
asal usulnyer permainan ini.
setelah berejam2 mencarik maklumat nehh. mcam2 la saya temui. tpi ape yang menarik cerita nenek bongkok neh mmg wujud taw.
baginda diberi nama Siti Bongkok Ibnu Almarhum Seri Paduka Sultan Mahmud Shah Alam
apa yang menariknyer ialah baginda dibuang negeri oleh ayahandanyer sendiri iaitu sultan johor. ini kerana baginda tidak sempurna sifatnyer. ayahanda baginda malu dan membuangkan dirinya di satu tempat yang dikenali sebagai tanjung puteri.

huh, maknenye cite nenek neh betol la kan?? lupe nk tambah. boleyh wujudnyer permainan neh sbb orang dulu2 kan nk takotkan budak2 especially perempuan. heee. :) kanak2 kan takot nenek, yealah.. nenek neh digambarkan sebagai nenek kebayan mesti la takotkan?? betol ta?
oke, berbalik pada topik kite tdi. sejarah da thu kan?? sekarang nehh nk tunjuk permainannyer pula. 

CARA BERMAIN NENEK MENCARI CUCU. 

Dalam permainan ‘mencari cucu’ ini, kita hendaklah memilih satu kawasan yang Iapang di Iuar rumah. Jumlah pemain dalam permainan ini tidak terhad. Sediakan sehelai sapu tangan untuk menutup mata seorang pemain yang dipilih menjadi ‘nenek’.

Pemain ini diletakkan di tengah bulatan yang dibuat oleh pemain-pemain lain. Sambil berpegangan tangan dan mengelilingi ‘nenek’, mereka akan menyanyikan lagu:
Nenek, nenek si bongkok tiga,
Siang mengantuk malam berjaga,
Cari cucu di mana berada,
Nenekku kahwin dengan anak raja.

Sewaktu pemain-pemain lain menyanyikan lagu ini, ‘nenek’ hanya perlu mendiamkan diri dan membongkokkan badan berlagak seperti orang tua.
Sebaik sahaja selesai pemain yang lain menyanyi, pemain yang berlagak ‘nenek’ itu pula menyanyi:
Cucu, cucu, tak dapat Iari,
Nenek tua banyak sakti,
Sekarang nenek nak cari ganti,
Siapa kena dia yang jadi.




Setelah selesai ‘nenek’ menyanyi, pemain-pemain lain tidak dibenarkan berlari melainkan duduk di dalam bulatan sambil mendiamkan diri. Ketika ini ‘nenek’ akan meraba-raba mencari dan cuba meneka siapakah orang yang telah dipegangnya. mcam2 gmbar kat bawah nehh. 


Jika tekaannya betul, maka pemain yang telah diteka oleh ‘nenek’ itu pula menjadi ‘nenek’. Permainan ini diulangkan semula.


Permainan ini memang seronok dimainkan. Selain daripada menghiburkan permainan ini juga dapat mengeratkan lagi perhubungan antara satu sama lain.

by ; nurasiqah bt abd rahim