Thursday, 21 March 2013

nenek mencari cucu - 14

assalammualaikum...
hi...
guest ape yang kami nk cerita pulak. hmmmm
permainan nenek mencari cucu la.
pelik la byk sgt informasi tentang benda nehh yang menarik saya jumpe sesuatu taw mengenai sejarah permainan neh.. hhmmm
nenek bongkok 3 mencari cucu.
oke.
asal usulnyer permainan ini.
setelah berejam2 mencarik maklumat nehh. mcam2 la saya temui. tpi ape yang menarik cerita nenek bongkok neh mmg wujud taw.
baginda diberi nama Siti Bongkok Ibnu Almarhum Seri Paduka Sultan Mahmud Shah Alam
apa yang menariknyer ialah baginda dibuang negeri oleh ayahandanyer sendiri iaitu sultan johor. ini kerana baginda tidak sempurna sifatnyer. ayahanda baginda malu dan membuangkan dirinya di satu tempat yang dikenali sebagai tanjung puteri.

huh, maknenye cite nenek neh betol la kan?? lupe nk tambah. boleyh wujudnyer permainan neh sbb orang dulu2 kan nk takotkan budak2 especially perempuan. heee. :) kanak2 kan takot nenek, yealah.. nenek neh digambarkan sebagai nenek kebayan mesti la takotkan?? betol ta?
oke, berbalik pada topik kite tdi. sejarah da thu kan?? sekarang nehh nk tunjuk permainannyer pula. 

CARA BERMAIN NENEK MENCARI CUCU. 

Dalam permainan ‘mencari cucu’ ini, kita hendaklah memilih satu kawasan yang Iapang di Iuar rumah. Jumlah pemain dalam permainan ini tidak terhad. Sediakan sehelai sapu tangan untuk menutup mata seorang pemain yang dipilih menjadi ‘nenek’.

Pemain ini diletakkan di tengah bulatan yang dibuat oleh pemain-pemain lain. Sambil berpegangan tangan dan mengelilingi ‘nenek’, mereka akan menyanyikan lagu:
Nenek, nenek si bongkok tiga,
Siang mengantuk malam berjaga,
Cari cucu di mana berada,
Nenekku kahwin dengan anak raja.

Sewaktu pemain-pemain lain menyanyikan lagu ini, ‘nenek’ hanya perlu mendiamkan diri dan membongkokkan badan berlagak seperti orang tua.
Sebaik sahaja selesai pemain yang lain menyanyi, pemain yang berlagak ‘nenek’ itu pula menyanyi:
Cucu, cucu, tak dapat Iari,
Nenek tua banyak sakti,
Sekarang nenek nak cari ganti,
Siapa kena dia yang jadi.




Setelah selesai ‘nenek’ menyanyi, pemain-pemain lain tidak dibenarkan berlari melainkan duduk di dalam bulatan sambil mendiamkan diri. Ketika ini ‘nenek’ akan meraba-raba mencari dan cuba meneka siapakah orang yang telah dipegangnya. mcam2 gmbar kat bawah nehh. 


Jika tekaannya betul, maka pemain yang telah diteka oleh ‘nenek’ itu pula menjadi ‘nenek’. Permainan ini diulangkan semula.


Permainan ini memang seronok dimainkan. Selain daripada menghiburkan permainan ini juga dapat mengeratkan lagi perhubungan antara satu sama lain.

by ; nurasiqah bt abd rahim

konda kondi - 13


assalammualaikum....
hi... >.<
u all. sebelom u all sume bace details kat bawah tuh. u all tgok la video tuh dulu ehh. hope u all sume enjoyzzz.





permainan konda kondi ape tuhh?? thu ker?? da tgok kan video tdi tuhh. bgos la, oke.
nk thu sejarah konda kondi pula?? 

SEJARAH KONDA KONDI
Konda-kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan ini memerlukan kawasan lapang.
Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang.

Undian secara 'wan to som' dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu.

PERMAINAN PERTAMA
Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek melintang lubang, kayu panjang digunakan untuk menguis kayu pendek itu supaya melambung ke udara, setelah itu kayu panjang diletakkan semula melintang lubang sementara itu, ahli pasukan lawan hendaklah cuba menyambut kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu sebelum jatuh ke tanah. Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati. Permainan akan diambil alih pula oleh pasukan lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal menyambutnya, mana-mana ahli hendaklah membalingkan kayu pendek masuk ke dalam lubang ataupun mengena kayu panjang.

Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang diletakkan melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. Sebaliknya, jika kayu yang dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu panjang itu, pemain tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu panjang dikira satu mata.

PERMAINAN KEDUA
Pemain tadi akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara, kemudian memukulnya kuat dengan kayu panjang. Dia diberi peluang sebanyak tiga kali jika pukulan pertama atau keduanya tidak kuat.

Sekali bagi pemain lawan cuba menyambut jika tidak berjaya. Pemain tadi boleh mendapat mata, dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampur dengan mata daripada langkah pertama tadi.

PERMAINAN KETIGA
Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang dipanggil patuk ular. Pemain menyandarkan kayu pendek di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu pendek itu dengan kayu panjang. Jika pukulan dibuat dengan baik, kayu pendek akan melentik ke udara. Pemain itu hendaklah bersedia untuk memukul kayu pendek itu sebelum jatuh ke tanah, dengan menggunakan kayu panjang. Tempat kayu pendek itu jatuh dikira mata, iaitu mengiranya dengan menggunakan kayu panjang, kiraan mata tetap sama seperti sebelumnya. Pasukan yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini.

sorok2 - 12

assalammualaikum...hi..u all!!, kami nk bgithu sesuatu neh. tpi seblum tuh u all kene la tgok video tuh dulu yer..
ape yang mereka sume terangkan tuh?? OOOoo, cara nk main sorok2. u all sume thu men sorok2?? sejarah permainan sorok2 nehh?? thu ta?? oke sekarang kami nk cite tentang permainan sorok.

ASAL USUL PERMAINAN SOROK2

Dibeberapa tempat permainan ini dinamakan juga sebagai main sorok-sorok atau sembunyi-sembunyi. Kanak-kanak lelaki dan perempuan amat mengemari permainan ini, ia amat mudah dan jumlah pemain yang tidak terhad. Lebih ramai yang bermain lebih mendatangkan keseronokan dan bertambah meriah lagi bagi mereka. 

Jenis permainan luar rumah dan memerlukan kawasan yang luas, persekitaran rumah akan dijadikan gelanggang. Sebatang pokok atau tiang akan dijadikan ibu atau rumah iaitu induk untuk pemain yang akan mencari rakan mereka yang menyorok. 

UNDIAN
Sebelum permainan dijalankan, kesemua pemain akan mencari seorang yang dinamakan pencari. Undian secara lai lai li tam plong dijalankan kepada semua pemain. 

CARA BERMAIN DAN PERATURAN
Setelah pencari ditentukan, ia hendaklah berdiri dengan menutup matanya di rumah induk. Kiraan akan dibuat 1 hingga 100 atau kurang bilangannya secara kuat. Setelah selesai kiraan dibuat, pencari akan mula mencari rakan pemain lain yang menyorok disekitar kawasan yang telah ditetapkan. Jika terdapat pemain yang menyorok diluar kawasan yang telah ditetapkan ia dikira jadi dan akan mengambil peranan sebagi pencari pula. 

Sekiranya pencari telah menjumpai salah seorang dari mereka, hendaklah disebut dengan kuat namanya dan dituruti dengan sebutan ibu. Dalam masa yang sama pencari hendaklah berlari ke rumah induk serta mencuit induk, dengan tujuan mematikan pemain yang ditemui agar pemain itu tidak boleh mencuit induk pula. Pencarian ini akan dilakukan berterusan hingga kesemua pemain yang menyorok ditemui. 

Setelah seleasi kesemua pemain yang menyorok ditemui dan tiada seorang pun yang dapat membantu membatalkan cuitan pencari ke rumah induk, maka pemain yang mula-mula ditemui itu akan jadi pencari pula. 

Seandainya pemain yang ditemui itu sempat mencuit terlebih dahulu dari pencari ke rumah induk, maka pencari ini akan jadi semula sebagai pencari dan permainan dimulakan semula. Hal yang sedemikian juga boleh terjadi sekiranya salah seorang dari pemain mencuit rumah induk dengan menjeritkan perkataan ibu, maka permainan akan dimulakan semula dan pencari akan tetap memegang peranannya. 

neh ade gmbar2 sikit permainan sorok2, hope u all sume enjoy la yer..



kire smpai seratus taw dek

cept la sorok dek oi

jgan men tipu huhh...

ooo-soom/ one too soom - 11

assalammualaikum.
hi.
we are back. amboi cek kiah. speaking ko huh. hehhehe. :)
oke. sekarang neh kite nk cite permainan osom ataw one,too som. u all tahu ker tu ape?
ala, game dulu2. mase kecik2 men. hmmm.
permainan neh berasal dari negara jepon taw. ianya sangat popular pd abad ke-18. dorang neh memanggil permainan neh sebagai JAN-KEN-PON

kat sini nk saya nk letak diagram sikit tpi dlam bahasa inggeris la.. ta pe kan?? kalaw u all ta pham, boleyh translate kat google la yer.


huh, da pham kan? korang boleyh la men game neh pas nehh.. jap2. sebelom tuh nk bgithu arahan dulu yer.


Tempat: mana2 pon boleyh

Bilangan pemain: Dua

Peralatan: tangan anda

ARAHAN;

1. 2 pemain memutuskan bagaimana mata mereka ingin. Katakan 5.

2. pemain meletakkan satu tangan di belakang supaya ia ghaib oleh pemain lain.

3.The pemain akan bermula dengan berkata, '1-2-som' atau '1-2-jusi'. kemudian mengambil keluar sama ada burung, batu atau air. Lihat angka.

4.The menang air, air menang batu dan batu menang burung.

5.The pemain akan mendapat 1 mata jika elemen beliau menang pemain lain. Ini berterusan sehingga dia mendapat mata lima

6.kalaw unsur-unsur yang sama, ia dianggap seri dan tiada mata akan diberikan dan permainan diteruskan.

PERATURAN;

- Setiap pemain perlu mengambil tangan mereka keluar masa yang sama.

by ; khairol nazmi

wau - 10

assalammualaikum..
hi...
sume da lunch kan? bgos la kalaw sume da lunch. kenyang perut yer..
hmmm. oke. skarang neh nkcite permainan ape pulak yer. hhmmm. dlam task kate 14. sekarang neh yang kesepuluh pulak... okey. kite cite psal permainan tradisional wau pualk yer u all sume.
:)

ape yang u all thu pasal wau? ehhh,! u all jgan salah anggap pulak taw. wau yang neh ta sama dengan wau yang terkejut tuhh.. wau neh salah satu permainan tradisional taw. hmmm. ouhh. naseb bek la u all ta aggp mcam tuh. bgos2, kuat juga yer ingatan u all nehh. huh, btol la tuhh, layang2 pon mcam wau jugak taw. tpi wau yang neh agi besar dari layang2. ape?? ta pecaye. nahh, tgok gmbar neh kalaw u all sume ta percaya.


nampak ta? wau tuh lgi besar adari pakcik tuh taw




abg neh da sedia nk bertanding nehhh

huhhhh.. mcam mane? besar kan?? u all, kami nk share sikit la kat u all psal sejarah/asal usul wau neh. nk dgr taa?? oke2. bgos2. [dengar taw]

SEJARAH WAU.
Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.

Permainan layang-layang atau wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan semenjak lebih 500 tahun yang lalu. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Musim bermain wau adalah buluh yang diraut halus yang ditampalkan dengan kertas berwarna mengikut bentuk rangka. Wau bukan sahaja dimainkan tetapi dipertandingkan yang dititikberatkan ialah kecantikan rupa, kemerduan bunyi dan tinggi serta keindahan naiknya.

Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya.

Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.

Selain itu juga kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China.

Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara China.

huhh, mcam tu la cite datangnyer wau neh kat malaysia ehh. eh, tapi kan ade orang juga mngatakan bahawa wau telah direka oleyh orang Belanda yang brniga dengan penduduk diMalaysia pd zaman kegemilangan melaka. tpi apa yang pasti wau suah wujud semenjak abad ke-15 taw u all. [lame tuhhh]

sebelom tuh nk tunjuk la wau nehh mcam mane rupenyer. ade bape jenis yer..
wau kucing

pak cik bersama wau punyuh nya

wau bulan

wau daun

wau helang

wau jala-budi

wau kenyalang

wau merak





cara2 bermain wau.
1. kawasan yang sesuai.-Wau hendaklah dimainkan di kawasan yang lapang seperti di tepi pantai, di kawasan sawah padi atau di padang kawasan tepi pantai merupakan kawasan yang paling sesuai untuk menerbangkan wau. kawasan yang tidak sesuai bermain wau ialah dikawasan yang tidak lapang, banyak bangunan, pokok, tiang elektrik atau tiang telefon

2. 3 unsur yang mempengaruhi wau;
i) tekanan angin - Apabila tekanan angin di permukaan wau semakin kuat, maka kemampuan untuk naik tinggi semakin meningkat.

ii) daya tarikan graviti -Tarikan graviti ialah daya yang menarik wau ke bawah.

iii) daya seretan - Wau akan mengundur ke belakang apabila permukaan wau mendapat tekanan yang tinggi. Hal ini akan mewujudkan daya seretan. Permainan wau tradisional Melayu adalah dimainkan menggunakan satu tali sahaja. Penggunaan satu tali membolehkan wau ini mudah diterbangkan dan dikawal. Terdapat dua cara melancarkan atau menaikkan wau iaitu, pelancaran jarak dekat dan pelancaran jarak jauh. Tali yang digunakan adalah tali tangsi.

3. teknik menaikkan wau jarak dekat - Teknik ini sesuai bagi wau yang bersaiz kecil dan ringan. Hanya seorang sahaja diperlukan untuk melancarkan teknik ini. Pemain berdiri membelakangkan angin. Sebelah tangan pemain akan memegang badan wau dan dihadapkan ke arah angin. Sebelah lagi tangan memegang gelung tali. wau dilepaskan perlahan-lahan sehingga wau naik tinggi ke udara.

4. pengawal penerbangan - Tiupan angin yang tidak meneru menyebabkan pemain perlu mengawal penerbangan wau. Mengawal penerbangan wau penting untuk mengelakkan wau jatuh ke tanah atau mengelakkan tali wau terputus. Terdapat dua kemungkinan tiupan angin, iaitu angin beriup lemah dan angin bertiup kuat. Apabila angin bertiup lemah, pemain mesti menggulung tali wau supaya wau tersebut tidak jatuh ke tanah.

5. teknikk menurunkan wau - Menurunkan wau memerlukan dua pemain, iaitu seorang penarik tali dan seorang lagi penggulung tali. Penarik tali ialah orang yang menarik talu wau manakala penggulung tali ialah orang yang menggulung tali wau yang telah ditarik oleh penarik tali. Permainan wau laga merupakan perlawanan memutuskan tali wau pihak lawan. Ia memerlukan kepantasan, tumpuan dan kemahiran yang tinggi. Bahagian tali wau ini disalut dengan serpihan kaca halus.


neh ade video sikit nk tunjuk kat u all sume mcam mane nk men wau. 




da thu kan mcam mane nk men wau. hmmm. oke. u all da boleyh try men wau da pasneh kan? hope u all sume berjaya la yer. :)

by. nurasiqah bt abd rahim.

Wednesday, 20 March 2013

sepak raga/takraw - 9

assalammualaikum
hi.
cerita sepak raga [mcam doreamon punyer style]
oke, kali neh nk cite psal sepak raga taw u all. jom kite kaji sejarah sepak raga neh yer..


ASAL USUL SEPAK RAGA.
Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.
Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.
CARA BERMAIN.
Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.
MENIMBANG BOLA.
Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal serta ketajaman mata untuk mengukur pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa selama yang mungkin. Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan. Pasukan yang berjaya membuat timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang ditetapkan, dikira menang.
Pada masa ini sepak raga tiada lagi dimainkan, ianya telah ditukar dengan nama kepada sepak takraw. Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, seperti dalam permainan badminton. Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga pemain. Tekong melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan.

Sudah thu kan ape itu sepak raga. hmmm. ape lagi jom la kite bermain sepak raga neh yer. kengkawan...tpi kan. meh la kite tgok dulu gmbar2 sepak raga neh taw sepak takraw.
mcam neh la rupa bentuk bola raga.

chantek pulakkk. mcam bakul raga da.
mcam neh la bentuk balingan bola kpd center yer.

tgok la adek2 kite neh men sepak raga. 


wahh, neh mcam pro da nehhh. 

neh la rupe gelangang sepak raga/takraw

terer ker abg2 neh men sepak taw.

neh adalah salah 1 gmbar tournament.
by; syazwan azri

teng2 - 8


assalammualaikum...
hi...
kembali lagi yer, kite nmpaknyer. hmmm. ta sbr ehh. nk dgr cite seterusnya. kali nehh kami da pikir da nk cite ape. nk cite pasal permainan ting2 pulak. hmmm. ehh salah, teng2. korang tahu ker teng2 tuh ape?? hmmm

mcam neh la rupe teng2 taw u all

terer ta pak cek neh men teng2

ade strategies pulak yer nk men teng2 neh

cepatla jalan adek oi.

ehhh, hati2 kak!


ASAL USUL PERMAINAN TENG-TENG (TENG2)
Permainan Teng-Teng, atau juga dikenali sebagai Ketinting ialah permainan yang selalunya dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ini kerana, teng-teng tidak begitu lasak walaupun ia menggunakan tenaga yang banyak. Teng-teng juga tidak memerlukan daerah yang besar.

Teng-teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak dimana ada dua hingga empat orang didalam sebuah gelanggang. Ini kerana, tiada peraturan yang tetap untuk jumlah orang di dalam satu gelanggang. Tetapi, jika terdapat empat pemain didalam satu gelanggang, ia akan memdatangkan kesukaran untuk setiap pemain untuk berteng-teng.

Gelanggang teng-teng ialah lukisan petak-petak di atas tanah. Terdapat sembilan petak-petak di dalam satu gelanggan. Selain gelanggan, pemain juga perlu gundu. Gundu ialah satu objek yang menandakan kedudukan mereka di petak-petak gelanggang.

CARA2 BERMAIN TENG2 
Sebelum permainan dimulakan, pemain harus mengundi siapa yang akan pergi dahulu dan seterusnya. Kaedahnya ialah menggunakan lai lai li tam plong.

Untuk memulakan permainan, pemain pertama harus mancampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak. Ini akan berlaku dengan sama untuk pemain yang lain. Jika gundu tidak dapat masuk ke dalam petak, giliran pemain itu dianggap mati dan pemain seterusnya yang akan mengambil alih.

Pemain dikehendaki melompat ke dalam petak-petak dengan menggunakan satu kaki sahaja, tetapi jika ada petak yang bersebelahan dengan petak yang lain, pemain harus melompat ke dalam petak tersebut denga menggunakan kedua kaki mereka.

Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, mereka harus memijak kaki kanan mereka ke petak kedua dan petak keempat akan dipijak oleh kaki kiri mereka. Setelah itu, pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga denga menggunakan sebelah kaki dan seterusnya, gundu harus dikutip di petak pertama. Pemain, untuk menghabiskan giliran mereka, harus melompat balik ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.

mcam tuh la cara nyer nk men teng2 neh yer u all. oke. smpy disini sahaja la coretan cerita kami mengenai permainan tent-teng neh yer. bye. jumpa lagi..

by ; faten azman

chapteh -7




assalammulaikum...
hi..
huhh. eh, gambar ape tuhh?? chaptehh..?? >-<'. u all pernah dengar ker?? hmmm. ta pe la kalaw u all ta thu. nehh saye nk terangkan chapteh itu ape?? oke. chapteh tu kan. ianye dikenali sebagai sepak bulu ayam, sebuyam, ataw chapteh. game neh  dimainkan diluar rumah oleyh kanak2 seramai dua ataw lebih..., jika terdapat ramai orang yang bermain, dapatla bentuk kumpulan yang banyk.

oke, sekarang nehh. kite cerita sejarah chapteh neh pula yer u all. tpi u all kene la stay dulu. jgan la lari bile cite psal sejarah nehh. duduk taw....

oke, kalaw u all sume nk thu a kan. permainan neh berasal dari CHINA. disana game neh digelar sebagai Jiànzi (毽子). pada abad ke5 ianye sangat popularla kat negara2 asia nehh. kemudia permain ini ini dibawa ke eropah pada 1936 menerusi satu permainan pertunjukkan di sukan Olimpik musim panas 1936 di Berlin, Jerman. kalaw u all nk thu, saye ade nyatakan nama2 panggilan bgi permainan chapteh neh dibeberapa negara.

NAMA2 PANGGILAN BAGI PERMAINAN CHAPTEH DIBEBERAPA BUAH NEGARA.

  • USA - kikbo
  • Vietnam - đá cầu
  • Malaysia -  chapteh or capteh or sepak bulu ayam
  • Singapore (and SE Asia) - chapteh or capteh or chatek
  • Japan - Kebane (蹴羽根)
  • Korea - jegichagi or jeigi (to most Koreans known as sports only for children)
  • Indonesia - bola bulu tangkis or sepak kenchi
  • Philippines - larong sipa
  • Macau - chiquia
  • India - poona (forerunner of badminton) (unknown to most Indians)
  • Greece - Podopterisi
  • France - da câu or plumfoot or pili
  • Poland - zośka
  • The Netherlands - "Voetpluim" or "voet pluim" or "Jianzi"

huh, da thu kan asal usulnyer chapteh nehh..
ape lagi... jom kite tgok video kengkawan kite yang laen bermain chapteh. nk?? mestila nk kan??


huhh, da thu kan cara nk men chapteh mcam mane?? bgos2. kalaw u all nk thu la kan bulu ayam tuh ataw chapteh neh boleyh dibuat. macam mane nak buat?? alamak.. u all search la kat google boleyh?? heheheheee. :)

oke, sekarang kami  nk cite kan peraturan nk men permainan neh yer.. :)

cara nk men permainan neh senang jer.

1. pemain disyaratkan menimbang bola bulu ayam tersebut dengan menggunakan tepi tumit kaki shj ataw dengan lutut pon boleyh. sepakan tidak dibenarkan, jika dilakukan oleyh pemain, ianya dikira mati dan giliran pemain seterusnya mengambil alih pula. permainan juga dikira mati sekiranya bola jatuh ketanah.

2. mata dikira dengan cara, pemain mestila menimbang bola tanpta henti ataw mati dengan seberapa banyk timbangan yang dapat dilakukan. pemain yang mendapat mata terendah jumlah timbangan dikira kalah, dan ia akan dikenakan denda. pemain yang kalah dikehendaki melambungkan bola kepada pemenang dan pemenang pula mestila menimbang bola sebanyak 3 kali, sekiranya pemenang gagal berbuat demikian maka denda terhadap pemain yang kalah akan dikira tamat.

3. pusingan seterusnya boleyh dilakukan beberapa kali, pemain yang memenangi disetiap pusingan ataw jumlah kemenangan byk kali dan melebihi dari yang lainnya dikira juara.

mcam tuh la cara nk main chapteh. hmmmm. u all sume da thu kan? oke. jom main chaptehh..
heheheh.

eh sebelom tuh tgok la dulu gambar2 chapteh nehh

neh la bentuk chapteh taw u all

ape? igt laki je boleyh men chapteh nehh. neh, nenek taw yang men chapteh. rare kan??

mcam neh la rupa men chapteh dalam kumpulan

wah, chantek pulak chapteh neh.. nk buat laaa.

by ; faten alya





galah panjang - 6

assalammualaikum...
hi u all..
tq sbb la sbb sudi setia dengan cerita2 kami kat sini.
sory, lambat update cerita. mesti u all sume penat menunggu kan?? alaaa. sorry la oke.
hmmm. oker.. kali nehh cite permainan ape pulak yer?? hmmmm. berfikir jap...
[thinggggk]
 huhh.. da dppat...  kali neh kami nk crita permainan galah panjang???
sape pernah men game nehh, mase kecik2 dulu?? hehehe. korang igt lagi ker cara nk men galah panjang??
ape?? u all ta igt galah panjang tuh ape?? oke laaa. u all tgok la video nehh dulu. mane la thu kot2 u all teringat balek... hmmm.



huhhh. byk kan maklumat galah panjang yang diberi kat dalam video tuhh.. heee. cumel pulak dorang tuhh..
huhhh.. kite pun boleyh buat sendiri taw gelangang galah panjang tuhh.. ehh. bukan pakai tepung jer. ta salah saye la kan, time saye men galah panjang dulu2. sye wat gune kapur jer garisan2 tuhh. tang ukuran pulak?? men agak jer.. hee. budak2 la katekan.

oleh kerana byk maklumat yang korang da dpat kat dalam video tuhh. ape katekan. kite menyingkap sejarah asal usul nyer galah panjang neh yer..


ASAL USUL GALAH PANJANG.
Di Pulau Pinang, permainan ini juga dinamakan Galah Pendek dan juga Toi. Permainan ini memerlukan pemain tersebut untuk mengatur strategi dengan bijak dan bergerak dengan pantas. Permainan ini juga selalu dipertunjukkan di pesta pesta kebudayaan. 
TEMPAT BERMAIN.
Ia selalunya dimainkan di luar rumah, kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan. Anggaran antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang. Kebanyakan kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja. 


ini la rupe gelanggang galag panjang.
PEMAIN.
Dua kumpulan pemain perlu dibentuk , minimum 5 orang pemain setiap kumpulan dan salah seorang adalah ketua dan yang lain adalah awak-awak. Pemain terdiri daripada kanak-kanak dan dewasa tidak kira golongan wanita mahupun lelaki. 
LANGKAH2 PERMAINAN.
Perlawanan bermula sejurus ketua pasukan penyerang menepuk tangan pasukan bertahan di petak kepala gelangan . sejurus perlawanan bermula, awak-awak boleh mula menyerang tidak kira secara individu atau beramai-ramai. Setiap pemain yang menyerang haruslah melepasi semua garisan sehingga ke garisan belakang. Pemain yang bertahan haruslah menyentuh pihak lawan bagi menghalang dari sampai ke garisan belakang. Sekiranya salah seorang pihak penyerang disentuh maka kumpulan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan sekiranya kumpulan penyerang dikira mati. 
PERATURAN PERMAINAN
Pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang daripada mereka disentuh pasukan bertahan. Pertukaran kedudukan akan dilakukan jika salah seorang dari pasukan penyerang berundur dari garisan permainan yang telah dilepasi. Pasukan penyerang akan dikira kalah jika salah seorang daripada meraka terkeluar dari garisan permainan. 
CARA MENENTUKAN PERMAINAN.
Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang daripada mereka berjaya melepasi kesemua garisan serta berjaya balik ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan yang berjaya melakukan tugas di atas. Pasukan yang berjaya mengumpul mata tertinggi dikira pemenang keseluruhan.

ape lagi jom la kite tgok gmbar2 permainan galah panjang nehhh..


upin pon men galah panjang jugak yer...

dalam hp pon da boleyh men galah panjang jugak taw.

wah, bersemangatnyer. bgos2.kekalkan staminan anda. 

hati2 dek oi. jatuh kang tuhh..

waahh, tepi pantai pon boleyh men kan??

semangat giler adek nehh. 

huhh, da thu kan ape itu galah panjang? ape lagi. lepas nehh jom la booking tempat [dataran ipb]
heheheheeh.
oke, sampai disini coretan kali ini. bubye.

by. khairol nazmi.









tutup botol - 5

















huhh. tu ape tuhh?? korang tahu ta tuhh ape?? mesti taw kan?? tu la penutup botol btol?? u all sume tahu kan penutup botol jugak merupakan salah satu permainan tradisional. ianya amat digemari bagi kanak2 golongan lelaki taw. penutop botol jugak dikenali sebagai ceper taw. kalaw korang nk thu asal usul permainan nehh...mesti nk kan?? permainan neh tercetus sbb orang dulu2 kan susah nk carik duet... mainan pon mahal... so, kanak2 zaman dulu nehh cerdik laa kan. dorang neh kutip la penutup botol kicap umah la, botol loncan. pandaikan dorang nehh.. bgos2.

cara nk main permainan nehh senang jer taw.


-          Setiap orang akan menimbang ceper  (1 ceper mewakili 2 markah), siapa yang banyak dia akan Jalan dulu. (ceper hendaklah disusun bertindih (menegak) dan diletakkan di atas tangan.
-          Kemudian semua ceper tersebut di campak dan pihak lawan yang akan tentukan ceper yang mana hendak dijentik.
-          Andai kata ceper yang dibaling bertindih dua dipanggil ayam manakala bertindih tiga dipanggil jamban dan ceper yang bertindih empat dipanggil bunga.
-          Pemenang akan ditentukan oleh bilangan jumlah ceper yang berjaya ditimbang dan akan dikira mengikut markah.


tu la step2 nk main ceper ataw penutup botol.



 tu ade video untuk u all sume. k, lahh sampy sini je coreatan kali nehh. gud luck yer u all.

by; faten alya